PENYANYI Harry Styles dijangka bakal mendominasi carta muzik antarabangsa sekali lagi apabila dia dikatakan bakal tampil dengan album ketiganya yang dirakam secara senyap-senyap sejak awal tahun lagi.
Memetik laporan The Sun, sebelum ini Styles terpaksa menundakan beberapa kali proses rakaman album itu berikutan pandemik Covid-19 dan kali ini peminat mengharapkan mereka tidak perlu menunggu lebih lama lagi.
Menurut sumber, bekas anggota kumpulan One Direction ini telah memulakan proses pembikinan album itu pada awal tahun 2020 namun terhenti seketika disebabkan Covid-19.
"Oleh itu semua perancangan mengenai album tersebut terpaksa ditunda buat sementara, namun sebahagian besar rakaman dijalankan di United Kingdom (UK).
"Bagaimanapun, maklumat lebih lanjut masih lagi menjadi rahsia termasuklah pemilihan senarai lagu yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.
"Styles sangat teruja untuk mengeluarkan album ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, penyanyi ini juga dikatakan bakal sibuk sepanjang 12 bulan bukan hanya dengan penampilan muzik terbaharu dan konsert jelajah, malah dia turut terlibat dengan pelancaran filem lakonannya iaitu My Policeman dan Don’t Worry Darling.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram