PENYANYI antarabangsa, Harry Styles mengejutkan peminat seluruh dunia apabila terjebak dengan tradisi jijik di Australia.
Ketika membuat konsert di Perth, baru-baru ini, pelantun lagu As It Was itu dilihat mengisi kasut miliknya dengan minuman beralkohol, sebelum meneguk air itu di hadapan penonton yang kemudiannya bersorak.
"Ini adalah salah satu tradisi paling menjijikkan pernah saya ketahui," kata Styles, merujuk kepada amalan minum air menggunakan kasut yang dikenali sebagai 'shoey'.
Amalan tersebut dipopularkan oleh pemandu Formula 1, Daniel Ricciardo.
"Saya berasa seperti orang yang berbeza.
"Saya berasa malu dengan diri sendiri. Terasa sangat peribadi. Ini merupakan momen paling sukar untuk dikongsi dengan orang ramai.
"Saya akan berbincang dengan ahli terapi saya," kata penyanyi berusia 29 tahun itu sambil menyarungkan kasut berjenama Adidas x Gucci bernilai AS$780 (RM3,456) itu pada kakinya.
Video memaparkan gelagat Styles itu kini berlegar-legar di media sosial.
Styles tiba di Australia selepas menghadiri anugerah Grammys 2023 awal bulan ini.
Penyanyi itu merangkul anugerah Album Terbaik bagi album 'Harry's House' serta memenangi anugerah Album Vokal Pop Terbaik.
Sejak kumpulannya, One Direction dibubarkan pada 2015, Styles sudah mengeluarkan tiga album dan membintangi filem blockbuster seperti 'Dunkirk' dan 'Don't Worry Darling. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram