Turun hantaran PM mungkin tindakan META di peringkat lebih tinggi — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Hantaran Anwar yang dipadam Meta pada Rabu dan Khamis.

SUSULAN hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh yang diturunkan oleh Meta pada Khamis, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu mungkin dilakukan oleh peringkat lebih tinggi dalam syarikat berkenaan.

Menerusi beberapa siri perbincangan bersama pihak pengurusan Meta peringkat Asia, beliau berkata pihak terbabit memberi bayangan bukan mereka yang menurunkan hantaran di platform Facebook dan Instagram itu.

"Ada kemungkinan ia berlaku di peringkat lebih tinggi. Pasukan Meta di rantau ini juga keliru kenapa ia berlaku, jadi saya tak salahkan mereka kerana ini bukan tindakan di pihak mereka (Meta Asia Tenggara) jadi kita tunggu penjelasan yang lebih mendalam," jelasnya.

BACA LAGI: Dewan Rakyat kutuk pembunuhan pemimpin Hamas

BACA LAGI: Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha

Memetik laporan media, delegasi syarikat tersebut dijangka melawat Malaysia minggu depan untuk memberi penjelasan berkaitan hal sebenar yang berlaku.

Fahmi menegaskan, tindakan Meta itu tidak sepatutnuya berlaku kepada sesiapa.

"Agak kelakar apabila Amerika Syarikat (AS) melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi pandangan, tetapi saya lihat dalam bab ini, mereka sepatutnya amalkan apa yang mereka sering perjuangkan, jika tidak, ia adalah hipokrasi," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Haniyeh maut terbunuh di Tehran dalam serangan Udara yang dipercayai dilakukan oleh Israel kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan pada Rabu.

Almarhum berada di negara itu bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baru Iran Masoud Pezeshkian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram