BARU-BARU ini, orang ramai digemparkan dengan laporan serangan harimau di Jalanraya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli yang mengorbankan seorang pengendali jentera berat.
Menurut laporan, insiden berlaku pada waktu pagi ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tandas dengan isteri yang juga saksi mendengar ngauman haiwan liar berkenaan.
Kejadian terbabit sudah tentu menimbulkan kegusaran terhadap pengguna jalan raya tersebut untuk lebih berhati-hati dengan kehadiran 'Pak Belang' yang juga pernah dilihat kebelakangan ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal pergi ke tandas ketika Subuh, lelaki maut dibaham harimau di Gerik
BACA LAGI: Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Kota Marudu
Jadi, sebagai peringatan, seorang pengguna X menerusi akaun MyNewsHub mengingatkan orang ramai supaya berwaspada agar tidak menjadi mangsa kepada harimau berkenaan.
"Harimau yang membaham pemotong balak masih berkeliaran di kawasan kejadian. Mohon jangan berhenti jika tiada apa-apa (urusan) di sepanjang jalan ini, terutamanya dari terowong selepas RnR (Kawasan Rehat dan Rawat) Banjaran Titiwangsa menuju ke Jeli.
"Dua hari lepas, ada orang jumpa harimau di terowong sedang melintas jalan dan hari ini (Selasa), ada yang dibaham Tadi, semasa rondaan, saya nampak ada seorang pengguna jalan ini masuk ke dalam hutan untuk buang air dan ada penunggang motosikal berhenti untuk membaiki motosikal," katanya.
Berdasarkan perkongsiannya, siri serangan itu berpunca daripada kekurangan jumlah babi hutan di kawasan berkenaan yang merupakan makanan utama harimau belang.
Situasi difahamkan berlaku akibat penyakit yang menyebabkan kematian babi hutan, sekali gus memaksa pemangsa berkenaan mencari sumber makanan baharu, iaitu manusia berkeliaran.
Peringatan juga diberikan kepada peminat sukan berbasikal yang sering menggunakan laluan itu untuk beriadah kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa kepada serangan berkenaan.
"Jika boleh cari tempat yang selamat untuk anda berhenti, jangan jadikan anda dan keluarga mangsa seterusnya," tulisnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram