Tak hirau larangan berenang di alur laut, remaja lelaki lemas ketika sambut ulang tahun rakan di Pulau Carey


  • 112
  • Rabu, 09 Okt 2024

Remaja lelaki yang meninggal dunia akibat lemas ketika bermandi-manda di Pulau Carey, Selangor pada Selasa. — PDRM

SEORANG remaja lelaki ditemui lemas ketika bermandi-manda untuk menyambut ulang tahun rakannya di Pulau Carey, Telok Panglima Garang, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan murid sekolah pergi ke tempat kejadian bersama tiga orang lagi rakannya.

Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kehilangan mangsa pada pukul 7.19 malam.

BACA LAGI: Lepas dituduh miliki dadah, bekas pembantu PM Anwar, Yusoff Rawther didakwa lagi miliki 2 pistol tiruan

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada alasan tinggal solat, Masjid An-Nur dalam pusat beli-belah JB jadi contoh terbaik

Beliau berkata, mereka bermandi-manda di pantai sebelum mangsa bertindak berenang di kawasan alur air laut meskipun sudah dilarang.

"Lebih kurang lima minit kemudian, rakan-rakan mendapati mangsa telah tiada dan disyaki dibawa arus laut.

"Mayat mangsa pula ditemui pada pukul 3.15 pagi Rabu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, siasatan sudah dijalankan dan pemeriksaan fizikal pada mayat mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa juga dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat sementara kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram