KESALAHAN yang sudah menjadi kebiasaan.
Itulah gambaran tepat bagi menggambarkan mengenai video tular sejak Rabu berkenaan kelakuan tidak bertanggungjawab sekumpulan pemandu kereta yang dengan selamba tanpa rasa bersalah memotong barisan dengan memasuki laluan bertentangan di sebuah persimpangan jalan.
Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi yang merakam keadaan trafik sesak di sebuah lorong di kawasan perumahan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Berdasarkan klip terbabit, deretan kereta dilihat sedang berbaris panjang untuk keluar dari simpang.
Pada masa sama, terdapat bukan satu, tetapi deretan juga pemandu didapati mementingkan diri sendiri apabila memotong barisan dengan memasuki ke laluan bertentangan.
Lebih mengejutkan, kumpulan pemandu yang melawan arus terbabit juga seakan-akan tidak rasa bersalah selepas mereka turut menghalang kenderaan yang cuba lalu dari arah bertentangan.
Antara pemandu yang dirakam bertindak memotong barisan.
Berdasarkan kepada klip berkenaan, tindakan salah terbabit dilihat sudah dibiarkan menjadi satu kebiasaan.
Lebih mengejutkan, terdapat sekurang-kurangnya dua kenderaan didapati degil termasuk sebuah kereta jenis Proton Waja yang tidak berganjak memberikan laluan walaupun sedar perbuatan tersebut menghalang kereta daripada laluan bertentangan daripada bergerak.
Pada masa sama, di ruangan komen, terdapat warganet yang kecewa dengan tindakan mementingkan diri pemandu-pemandu terbabit.
Ini kerana selain membahayakan, perbuatan itu turut dikhuatiri menimbulkan masalah sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan.
"Jalan tu luas sahaja, apa salahnya kau ke kiri sikit. Myvi lalu pun lepas. Buka dua laluan tidaklah sesak memanjang," tulis Mustakim.
"Seronok la potong barisan, kemudian laluan sendiri kena bagi laluan kepada orang lain. Berbalik semula kepada soalan itu, apa salahnya ikut barisan, tak salahkan," tulis Muhammad Aliff Osman.
"Kenapa zaman sekarang ini, benda salah ramai yang sokong. Hairan. Tak kira la sesak atau tak, peraturan tetap kena ikut. Benda mudah macam ni pun tak boleh buat apatah lagi benda lain. Kalau semua nak kena bertimbang rasa, baik tak payah buat peraturan. Senang masing-masing ikut kepala sendiri," kata Aizam Saja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram