Tak tahan didera mental, fizikal penyebab 131 tahanan etnik Rohingya lari dari Depot Bidor Februari lalu


  • 112
  • Rabu, 16 Okt 2024

DISB, yang merupakan bekas kem PLKN mempunyai kelemahan infrastruktur yang tidak memenuhi standard diperlukan untuk berfungsi sebagai depot tahanan.

KEKERASAN dan penderaan oleh beberapa pegawai Jabatan Imigresen (JIM) menjadi antara punca seramai 131 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada 1 Februari lalu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya bermula sejak 2020 hingga 2021, ketika ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB.

Menurutnya, siasatan itu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

BACA LAGI: [VIDEO] Warga Rohingya ditahan cabul pelajar di pasar raya

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura salah rumah, pasangan Rohingya tersengih kena sergah 'owner' di Seremban

TOPSHOT - In this photo taken on September 9, 2024, Rohingya refugees stand behind barbed wires at Kutupalong refugee camp. Around a million members of the stateless and persecuted Muslim minority live in a sprawling patchwork of Bangladeshi relief camps after fleeing violence in their homeland next door. Hasina was lauded by the international community in 2017 for opening the borders to around 750,000 Rohingya who fled a Myanmar military crackdown that is now the subject of a UN genocide investigation. (Photo by Munir UZ ZAMAN / AFP) / TO GO WITH: Bangladesh-Myanmar-conflict-refugee-Rohingya, FOCUS by Mohammad MAZED and Tanbirul Miraj RIPON

Tahanan etnik Rohingya ditempatkan di beberapa depot imigresen, termasuk DISB.

"Terdapat unsur kekerasan melampau dan penderaan fizikal serta mental yang dialami tahanan-tahanan di DISB.

“Beberapa pegawai JIM di DISB, termasuk dua pegawai yang pernah bertugas di Kem Wawasan Langkawi sebelum ditukarkan ke DISB, didapati melakukan kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan etnik Rohingya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pegawai JIM dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di DISB didapati tidak peka terhadap keadaan sekeliling sebelum insiden tersebut berlaku.

Jelasnya, bangunan DISB, yang merupakan bekas Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mempunyai kelemahan infrastruktur yang tidak memenuhi standard diperlukan untuk berfungsi sebagai depot tahanan.

"Kegagalan pegawai kanan dan penyelia di DISB memantau dan bertindak untuk mengawal keadaan semasa insiden tersebut merupakan punca insiden berkenaan berlaku," katanya.

EAIC dalam pada itu turut memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai-pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JIM.

"Cadangan penambahbaikan infrastruktur depot tahanan juga akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah JIM.

"EAIC telah membuat laporan polis mengenai isu kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya di DISB dan Kem Wawasan Langkawi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," maklumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram