Bas sekolah tersangkut masuk lubang benam di Bayan Lepas


  • Massa
  • Rabu, 16 Okt 2024

Lubang benam dengan kelebaran beberapa kaki dan turut dipenuhi air itu terjadi di Lebuh Bukit Kecil 3. — Facebook/Andrew Ooi

SATU kejadian lubang benam sedalam 3 meter(m) dilaporkan berlaku muncul di kawasan perumahan dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Rabu.

Lubang benam dengan kelebaran beberapa meter dan turut dipenuhi air itu terjadi di Lebuh Bukit Kecil 3.

Ia ditemui selepas sebuah bas sekolah melalui lokasi tersebut sehingga menyebabkan salah satu tayar kenderaan pembawa penumpang itu tersangkut dalam insiden sekitar pukul 8 pagi Rabu.

Difahamkan, lubang benam itu berkemungkinan berpunca daripada paip pecah milik Indah Water Konsortium (IWK) dengan bau busuk turut dikesan berlaku di lokasi.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

463485160_8650437141666196_8430507219887230442_n

Keadaan salah satu tayar bas sekolah yang tersangkut di lubang benam terbabit di lokasi kejadian. — Facebook/Andrew Ooi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang melawat tempat kejadian melahirkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya dimaklumkan paip IWK bawah tanah pecah mungkin menyebabkan air mengalir di bawah jalan,” katanya.

Fahmi berkata, ia adalah kejadian pertama seumpamanya.

463395990_8650452788331298_5064695636034667800_n

Pengadang turut diletakkan di sekitar kawasan lubang benam terbabit. — Facebook/Andrew Ooi

Beliau berkata, sekiranya paip tersebut di bawah tanggungjawab IWK, pihak terbabit akan berhubung dengan kontraktor untuk membaikinya.

"Mereka akan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu untuk menentukan punca dan seterusnya mengambil tindakan.

"Sepertinya berlaku hakisan tanah di sekitar kawasan tersebut. Alat pengadang telah diletakkan dan lokasi terbabit bagi mengelakkan daripada sebarang lalu lintas sehingga pembaikan selesai," tambahnya. — The Star/N. TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram