Siasatan kes lubang benam Masjid India di peringkat akhir penelitian, bakal dibentang ke Jemaah Menteri


  • Primer
  • Isnin, 14 Okt 2024

Hasil siasatan kes lubang benam di Masjid India pada Ogos lalu kini di peringkat akhir.

INSIDEN lubang terbenam di Masjid India menjadi satu peristiwa yang amat mengejutkan apabila melibatkan pelancong India, G. Vijayalakhsmi jatuh ke dalam lubang secara tiba-tiba pada bulan Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, siasatan mengenai insiden tersebut kini ini berada di peringkat akhir dan penemuan siasatan dibentangkan kepada Kabinet.

BACA LAGI: Empat remaja rogol budak bawah umur di Teluk Intan bebas dengan jaminan polis

BACA LAGI: Sibuk kerja 54 jam seminggu, doktor 'kalis kecaman' berlari sambil tolak stroller anak

“Kami komited untuk ketelusan dalam sebarang siasatan, terutamanya yang melibatkan keselamatan awam.

"Penemuan penuh untuk insiden di Masjid India dan kawasan sekitarnya berada di peringkat akhir dan sedang diselaraskan oleh pelbagai agensi,” katanya kepada Dewan Rakyat pada hari Isnin.

2809719

Dr. Zaliha Mustafa

Beliau memaklumkan bahawa keluarga mendiang juga telah menerima RM30,000 sebagai pampasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan tambahan RM10,000 lagi daripada sektor swasta atas tragedi tersebut.

“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami untuk membantu keluarga mangsa.

“Kami juga tidak menentang sebarang usaha oleh keluarga mangsa untuk menuntut pampasan daripada agensi berkaitan melalui prosiding undang-undang,” jelasnya.

Pada persidangan tersebut, beliau telah menjawab soalan oleh ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang meminta perkembangan mengenai insiden lubang sinki di Masjid India.

Terdahulu,pada 23 Ogos lalu, pelancong dari India, Vijayalakhsmi telah hilang selepas jatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter yang disebabkan oleh lubang terbenam di Jalan Masjid India, ketika dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran.

Situasi tersebut berjaya dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) kedai berhampiran dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa tempatan dilancarkan pada hari yang sama.

Menurut laporan dari pertama operasi SAR, pasukan keselamatan telah menggunakan pelbagai teknik, termasuk jetting, flushing, dan mengepam air keluar dari lokasi untuk mencari mangsa. Operasi berkenaan ditamatkan selepas sembilan hari— The Star/GERARD GIMINO/MARTIN CARVAHO/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram