Jalan berlubang besar disangka sinkhole' dikesan di Melaka


  • Tular
  • Rabu, 02 Okt 2024

Lubang jalan (gambar kiri) yang terjadi di satu lokasi dekat Melaka Raya dipercayai akibat kejadian lubang benam.

SATU kejadian jalan berlubang besar menyerupai insiden lubang benam atau 'sinkhole' dilaporkan berlaku di kawasan Melaka Raya, dekat Bandar Melaka.

Perkara tersebut dikongsikan akaun Facebook, Melaka Explorer menerusi satu hantaran pada Rabu.

Berdasarkan foto dimuat naik, satu lubang agak besar dapat dilihat berlaku di sebuah lokasi jalan raya.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Pada masa sama, satu penghalang jalan berwarna oren didapati sudah diletakkan di tempat kejadian untuk memberi peringatan kepada pengguna.

Dalam pada itu, warga maya turut meminta supaya pihak berkuasa menjalankan penilaian terhadap keadaan jalan dan infrastruktur di lokasi berkenaan yang berada berhampiran kawasan tambak.

"Patut periksa semua infrastruktur dekat situ debab dekat dengan kawasan tambak laut. Longkang banyak dah rapuh bawah itu. Besi konkrit semua dah karat," ujar Mohd Ikbal.

Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram