[VIDEO] Peniaga di Terengganu minta maaf, tak bakar jagung dah takut beri kesan kepada pelanggan


  • Massa
  • Isnin, 14 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan mangkuk kertas berisi jagung yang terbakar selepas dipanaskan menggunakan penunu gas.

TINDAKAN peniaga membakar jagung di dalam bekas makanan jenis kertas menggunakan penunu gas mudah alih baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada warga maya.

Ia selepas tularnya video di media sosial sejak Isnin memaparkan seorang pekerja wanita tersilap langkah sehingga membuatkan bekas tersebut terbakar.

Video yang meraih perhatian itu sekali gus membuatkan ramai bimbang ia berisiko dan membahayakan kesihatan pelanggan.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan menjerit minta tolong lihat kawan hilang dihanyut ombak deras ketika mandi-manda di Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

Menyedari kesalahan itu, peniaga kedai bernama Kopituan di Terengganu itu bertindak membuat permohonan maaf kepada seluruh pelanggan dan orang awam kerana bertindak sedemikian.

"Saya akui kesilapan saya, saya tak tahu dan tak sedar tentang bahayanya bekas kertas apabila terbakar.

"Jadi daripada itu, saya membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi cara itu dan sudah tidak membakar jagung selepas ini," katanya kepada Majoriti.

Rata-rata warganet juga menasihati peniaga terbabit supaya lebih peka dan teliti dengan perkara penting dalam proses pengendalian makanan.

Tidak kurang yang memberi cadangan buat pemilik premis untuk menukar bekas kertas kepada aluminium kerana lebih selamat apabila terkena api.

"Tindak balas kimia itu, bahaya. Boleh jadi penyebab kanser, peniaga mungkin boleh cuba tukar bekas lain macam aluminium," komen @ahr891.

"Guna bekas aluminium boleh sahaja kalau nak bakar-bakar sebab nanti makanan kena bekas terbakar ada tindak balas kimia. Dicadangkan tukar bekas atau tak perlu bakar," saran @PuanMuda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram