[VIDEO] Rakan menjerit minta tolong lihat kawan hilang dihanyut ombak deras ketika mandi-manda di Indonesia


  • Benua
  • Isnin, 14 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang pengunjung lelaki dihanyutkan ombak deras ketika bermandi-manda di Pantai Kedung Tumpang, Indonesia pada Ahad. — Agensi

SEORANG pengunjung lelaki dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ombak deras ketika bermandi-manda di Pantai Kedung Tumpang, Kabupaten Pucanglaban, Indonesia pada Ahad.

Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, mangsa yang bernama Roni Josua Simanjuntak, 20, berasal dari Medan itu melakukan aktiviti tersebut bersama beberapa orang lagi rakannya.

Pelajar Kampung Inggeris, Kabupaten Kediri itu juga pada awalnya berenang di kawasan tepi tebing ketika air laut sedang surut.

BACA LAGI: Ada kesan bengkak, luka di badan, 4 pelajar tahfiz di KL disyaki didera sebelum hilang

BACA LAGI: Jerat setiap minggu, 4 tan ikan bandaraya masuk ‘perangkap’ di Sungai Langat

Beberapa minit kemudian, kelihatan ombak yang mula kuat serta paras air semakin tinggi sekali gus menghanyutkan mangsa.

Mangsa juga dilihat cuba berenang ke tebing namun tidak berjaya melawan arus deras tersebut.

Dalam video sama, beberapa orang rakannya yang berada di atas batu jauh dari kawasan ombak itu dilihat menjerit meminta pertolongan orang awam untuk membantu mangsa.

Ketua Polis Daerah Pucanglaban, Inspektor Bambang Kurniawan berkata, mangsa bersama rakannya seramai 16 orang pergi ke destinasi tersebut untuk mengambil gambar.

"Selepas ambil gambar, kesemua mereka naik ke kawasan selamat, manakala mangsa masih berdiri di tepi tebing dan ketika itulah ombak besar datang dan menghanyutkan mangsa ke laut dalam," katanya.

Menurutnya, mangsa masih belum ditemui namun operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram