AHLI Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pada Isnin akan mengusulkan kepada Perdana Menteri mengenai rancangan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi menangani peningkatan sindiket penipuan yang menggunakan akaun syarikat sebagai akaun keldai, selepas pindaan terkini kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Perihal tersebut menjadi antara perkara utama Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 itu terhadap kesediaan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi memerangi sindiket penipuan yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, Malaysia mengalami peningkatan yang serius berkenaan jenayah penipuan dalam talian. Sejak Januari hingga 22 September lalu, kerugian akibat kes laporan jenayah kormersial yang dilaporkan termasuk gejala itu telah mencecah RM1.78 billion.
Sindiket penipuan antara perkara utama Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Selain itu, wakil dari kerusi pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengajukan pertanyaan kepada Menteri Perdagangan dan Industri mengenai langkah-langkah untuk mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan.
Perkara tersebut bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia di tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, khususnya berhubung dengan Rusia, Ukraine, dan konflik di Timur Tengah.
BACA LAGI: Bajet 2025: PM Anwar cadang potong subsidi pendidikan anak-anak 'geng super kayangan'
BACA LAGI: Ada kesan bengkak, luka di badan, 4 pelajar tahfiz di KL disyaki didera sebelum hilang
Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik pula akan membangkitkan kebimbangan mengenai keseimbangan antara keperluan pembangunan dan pemeliharaan rizab hutan di Malaysia.
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dari Parlimen Kalabakan pula akan meminta penjelasan daripada Menteri Luar mengenai tindakan yang diambil untuk menegaskan kedaulatan maritim Malaysia di Laut China Selatan, terutamanya berikutan ketegangan yang semakin meningkat dengan Filipina.
Sementara itu, P. Prabakaran dari Parlimen Baru juga akan bertanya kepada Perdana Menteri mengenai langkah-langkah keselamatan setelah kajian mengenai masalah penurunan tanah di kawasan seperti Jalan Masjid India.
Sesi ini akan diteruskan dengan pengenalan dua rang undang-undang—Rang Undang-Undang Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 serta perdebatan mengenai Rang Undang-Undang (Pindaan) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2024.
Ia yang bertujuan untuk mengingkatkan kuasa pihak berkuasa dalam pengurusan penyakit berjangkit.
Dewan Rakyat akan bersidang selama 35 hari, berakhir pada 12 Disember. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram