Berkali-kali buat kesilapan, ekor Harimau Malaya desak Pau Marti rehatkan Syihan, beri peluang 2 keeper Lembah Klang


  • Podium
  • Isnin, 14 Okt 2024

Persembahan kurang memuaskan ditampilkan skuad kebangsaan dalam 45 minit pertama pada aksi persahabatan itu. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan terpaksa menelan realiti pahit selepas tewas kepada New Zealand dalam aksi persahabatan di Stadium North Harbour, Auckland, New Zealand pada Isnin.

Meskipun dapat bertahan pada separuh masa pertama, kualiti dimiliki pasukan lawan sukar ditandingi pada babak kedua dengan empat gol dibolosi skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Jaringan Elijah Just pada minit ke-53 diikuti gol daripada Matthew Garbett beberapa minit selepas itu dengan ia sekali gus mematahkan kesemua pemain yang berada di atas padang.

BACA LAGI: Malaysia ada peluang cipta sejarah, jurulatih New Zealand harap bintang EPL 'kacau' Harimau Malaya

BACA LAGI: Sedar kemampuan New Zealand, Harimau Malaya miliki peluang cipta sejarah — Pau Marti

462804312_1246211796452054_2355082891355029136_n

Syihan melakukan kesilapan yang menyebabkan benteng Harimau Malaya dibolosi sebanyak empat kali. — Facebook/FAM

Peluang itu diambil baik oleh pasukan tuan rumah yang terus melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu Harimau Malaya dengan Chris Wood dan Logan Rogerson melengkapkan kemenangan 4-0 kepada mereka.

Kekalahan tersebut menyaksikan penyokong mula menunding jari ke arah pemain kebangsaan yang gagal memberikan saingan terhadap lawan, terutamanya pada babak kedua permainan.

Penjaga gol, Syihan Hazmi menjadi sasaran kepada kritikan itu akibat beberapa kesilapan dilakukannya yang meranapkan harapan Harimau Malaya meraih sebarang mata bagi menambah baik ranking FIFA.

"Syihan mungkin boleh direhatkan untuk kesebelasan utama pasukan negara. Dia terlalu selesa di Liga Super, tidak banyak rasai asakan daripada pihak lawan. Boleh beri peluang kepada penjaga gol lain untuk Harimau Malaya," kata Ina Sari.

"Syihan rasanya boleh diketepikan terlebih dahulu, tiada kualiti diperlukan. Bukan jaga gawang tu, seperti tertidur seketika," kata Zulhadi Walid.

463060385_1246954006377833_1179177499296379902_n

Asakan demi asakan dilancarkan tidak membuahkan sebarang hasil. — Facebook/FAM

"Kenapa Syihan boleh melakukan kesilapan sebegitu? Dahulu tengok dia selalu berikan aksi terbaik, dapat tepis percubaan demi percubaan. Sekarang, hantaran mudah pun sukar nak tepis?" kata Pablo Jamil.

Kesilapan Syihan dapat disaksikan ketika dia gagal menepis hantaran lawan yang membolehkan Chris Wood menanduk masuk bola untuk gol ketiga New Zealand sebelum dia sekali lagi kehilangan bola beberapa minit sebelum aksi berakhir.

Sekiranya situasi sedemikian berterusan, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu boleh direhatkan sebentar dan memberikan ruang buat penjaga gol lain yang turut bersinar dalam Liga Super.

Penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al-Hafiz dan benteng terakhir Kuala Lumpur (KL) City FC, Azri Ghani merupakan dua wakil terbaik meskipun masing-masing pernah berdepan situasi pahit musim ini.

Kekalahan Harimau Malaya kepada New Zealand itu menyaksikan 3.78 mata ditolak yang akan menyebabkan kedudukan dalam ranking FIFA kian tergelincir ke tangga lebih merisaukan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram