Rahsia 2 dekad Restoran Ikan Bakar Ocu Amy kekal jadi pilihan khususnya bekas penuntut UPSI di Tanjung Malim


  • Bizz
  • Isnin, 14 Okt 2024

Operasi Restoran Ikan Bakar Ocu Amy dimulakan oleh abang ipar kepada Ridzuan iaitu Suharmi (gambar kiri) sekitar 2000.

MENGEKALKAN rasa dan konsistensi makanan merupakan salah satu cabaran utama dalam mengusahakan sesebuah restoran yang berjaya.

Kegagalan untuk memastikan perkara tersebut akan membawa kepada kemerosotan sesebuah kedai makan dengan pelanggan tidak lagi yakin terhadap hidangan yang disediakan.

Itulah juga menjadi sebab utama mengapa hanya segelintir restoran boleh bertahan lama dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang sememangnya diketahui serba mencabar.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

78971574_1082513281919442_6356970688103841792_n

Ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim dibakar dengan menggunakan arang.

Antara berjaya melepasi cabaran tersebut adalah Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim yang terletak di Tanjong Malim, Perak.

Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim merupakan kedai makan yang cukup terkenal dengan hidangan ikan bakar khususnya dalam kalangan penduduk di daerah tersebut.

Malah, rasanya yang kekal konsisten sejak kira-kira dua dekad lalu menyebabkan ia acap kali kembali dikunjungi bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang mahu menghidupkan kembali memori ketika zaman belajar.

Antara hidangan ikan bakar yang menjadi kesukaan dan mendapat permintaan tinggi ialah ikan kembung, keli, tilapia, cencaru dan pari.

Pembantu Pengurus Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim, Ridzuan Usman, 39, berkata, antara kelainan di kedainya adalah keunikan rasa dan resipi asli air asam yang dihidangkan bersama ikan bakar.

279274068_1731134090390688_2290231622070012123_n

Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim turut menghidangkan sarapan pagi.

"Dia punya air asam itu bila orang bagi maklum balas, mereka cakap memang cukup daripada segala segi sama ada masam, masin dan pedas. Jadi, kita memang jaga kualiti air asam.

"Kemudian untuk bahan mentah juga kita pastikan supaya yang digunakan untuk dihidang kepada pelanggan sentiasa segar termasuk ikan dan daging" katanya kepada Majoriti.

Ridzuan berkata, Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim dimulakan oleh abang iparnya, Suharmi Yakub, 57, pada 2000.

Pada awalnya, gerai berkenaan yang hanya beroperasi dengan 10 buah meja menyediakan hidangan sarapan antaranya roti canai sebelum ia dikembangkan kepada menu lauk campur dan ikan bakar yang dibuat menggunakan arang.

Kini, menurutnya, operasi Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim sudah semakin meningkat dengan pertambahan kepada 30 buah meja sebanyak 40 kilogram ikan dijual setiap hari.

89294420_1162386320598804_153920426613932032_n

Antara pelanggan yang menikmati hidangan di Restoran Ikan Bakar Ocu Amy - Tanjong Malim.

Ditanya mengenai rahsia yang membolehkan mereka mengekalkan rasa terhadap hidangan selama dua dekad, Ridzuan berkata, ia memerlukan komitmen yang cukup tinggi daripada pemilik restoran bagi memastikan kualiti menu disediakan terjamin.

"Walaupun restoran ini dah beroperasi lebih 20 tahun, abang ipar saya masih lagi turun di kedai untuk tolong staf buat kerja. Jadi kualiti memang dia jaga.

"Kemudian keadaan kedai pun mesti dipastikan sentiasa bersih. Harga pun main peranan juga. Kita jual tak terlalu murah dan tak terlalu mahal," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram