KESIHATAN mental di tempat kerja merujuk kepada keadaan kesejahteraan mental dan emosi pekerja yang membolehkan mereka berfungsi secara produktif, berinteraksi dengan baik bersama rakan sekerja, serta mengurus tekanan dan cabaran kerja secara efektif.
Tahukah anda, tempat kerja yang menyokong kesihatan mental dapat meningkatkan kepuasan kerja, produktiviti, dan mengurangkan kadar ketidakhadiran atau kecacatan dalam bekerja.
Pengasas dan Presiden Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Malaysia, Anita Abu Bakar berkata, sistem sokongan yang kukuh sangat penting dalam proses pemulihan daripada penyakit mental.
BACA LAGI: [VIDEO] Berdiri tengah jalan kononnya nak 'jaga' lalu lintas, wanita warga asing ditahan orang awam
Kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan termasuk bunuh diri. — Agensi/Gambar Hiasan
"Seorang individu bertanggungjawab, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu ahli keluarga, rakan, atau rakan sekerja yang menghadapi masalah kesihatan mental," ujarnya.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
1) Jangan menilai atau memberikan kata-kata semangat secara terburu-buru
Elakkan menilai terlalu awal individu yang dilihat mengalami masalah kesihatan mental.
Selain itu, elakkan memberikan beban tambahan kepada orang lain dengan menyampaikan kata-kata semangat seperti jangan tertekan atau lihatlah sisi positif kepada masalah tersebut.
Hal ini kerana, tindakan sebegitu sebenarnya tidak membantu individu yang sedang melalui kemurungan.
Sokongan daripada rakan sekerja dilihat amat penting untuk membantu individu yang mengalami kesihatan mental.
2) Berkomunikasi
Bergaul dengan rakan sekerja sememangnya jalan terbaik menguruskan perasaan stres di tempat kerja.
Dalam pada itu, jangan lupa luahkan kebimbangan anda dengan bertanya soalan yang mudah seperti saya risaukan awak, saya tak tahu bagaimana hendak membantu, apa yang awak perlukan atau bagaimana saya boleh bantu?.
3) Mempunyai rasa empati
Tunjukkan kebimbangan anda dengan memberi kata-kata yang patut mereka dengar seperti anda kelihatan sedang menghadapi banyak cabaran atau saya perasan ada sesuatu yang mengganggu anda dan bolehkah saya bantu?.
Kenyataan seperti itu berguna apabila seseorang berkongsi kebimbangan kesihatan mental mereka.
Ingat, mereka tidak mencari penyelesaian, tetapi mereka memerlukan tempat di mana mereka berasa didengari.
Mempunyai rasa empati amat penting dalam membantu mereka yang sedang mengalami kesihatan mental.
4) Bersikap Proaktif
Luangkan masa untuk membaca, menghadiri ceramah dan meneliti penyelidikan mengenai penyakit mental.
Dengan pengetahuan yang mencukupi, anda akan lebih mudah mendekati individu yang mengalami masalah ini.
Elakkan mengasingkan diri sebaliknya, berinteraksilah dengan mereka yang bergelut dengan isu kesihatan mental.
Penting untuk membina generasi masa depan yang proaktif, penuh belas kasihan dan empati, serta bebas daripada stigma dan diskriminasi. — The Star/MINGTEOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram