[VIDEO] Khuatir cubaan merompak, tindakan lelaki meniarap atas jalan di Sandakan buat ramai bimbang


  • Tular
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki yang tertiarap di tengah jalan raya di Sandakan, Sabah pada Khamis.

TINDAKAN seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tertiarap di tengah jalan raya di Sandakan, Sabah pada Khamis menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di Facebook sejak Jumaat, kelihatan lelaki tersebut berseorangan di atas jalan raya tersebut.

Beberapa kenderaan yang melalui jalan itu juga dilihat terpaksa mengelak daripada terlanggar individu terbabit.

BACA LAGI: Sanggup berhenti kerja, jodoh ubah impian pengembara berbasikal dari Eropah ke Tanah Suci Makkah

BACA LAGI: [VIDEO] Kaligrafi Cina guna elemen kain batik, pantun dan peribahasa Melayu bawa imej penyatuan budaya Malaysia

Identiti dan punca kejadian bagaimanapun masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Video tersebut sekali gus menarik perhatian rata-rata warga maya yang bimbang sekiranya tindakan tersebut dijadikan sebagai cubaan untuk merompak.

"Hati-hati ramai kadang-kadang trik dia untuk merompak, kalau abang berhenti automatik geng dia keluar dari semak hutan tepi jalan itu," komen Pak Mael.

Ada juga yang memberi nasihat kepada pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan dan keluar sekiranya berdepan dengan situasi sama terutamanya ketika waktu malam.

"Jangan turun kalau nampak orang macam itu. Mana tahu pura-pura sahaja, kepada semua pemandu jaga diri dan keselamatan," saran Ming Lu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram