MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikecam kerana didakwa melepaskan ikan patin spesis terancam di Tasik Bandaraya Shah Alam, Selangor semasa program pelancaran pertandingan memancing baru-baru ini.
Ikan tersebut secara saintifiknya dikenali sebagai 'Pangasianodon hypophthalmus' adalah spesis invasif dari anak sungai Mekong.
MBSA memuat naik acara itu di halaman Facebooknya, menarik perhatian dan kecaman ramai yang mempertikaikan sama ada pihak berkuasa tempatan itu menyedari bahawa mereka melepaskan spesis terancam.
BACA LAGI: Akta Audit akhirnya dipinda selepas 33 tahun, perkasa peranan Ketua Audit Negara
BACA LAGI: Hutang negara RM1.5 bilion: Pakar saran tutup ketirisan, kawal perbelanjaan
Ikan spesis terancam yang dilepaskan ketika pertandingan memancing baru-baru ini.
Jabatan Perikanan Selangor (DOF) juga kecewa dengan insiden tersebut.
Mereka mendakwa tindakan melepaskan ikan invasif ke dalam tasik akan merosakkan ekosistem tasik dan boleh menimbulkan risiko kepada spesis ikan tempatan serta mengganggu biodiversiti.
DOF menggesa pihak berkepentingan untuk merujuk kepada jabatan sebelum melepaskan sebarang spesis ke dalam badan air.
Mereka juga akan meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.
Belum ada kenyataan MBSA berhubung perkara itu setakat ini.
Terdahulu, Selangor giat menjalankan kempen untuk menghapuskan spesis terancam dari kolam air terutamanya ikan bandaraya.
Pada 12 Oktober, StarMetro melaporkan sekitar empat tan ikan ditangkap sejak operasi dilancarkan bulan lepas di Sungai Langat.
Pengerusi jawatankuasa infrastruktur dan pertanian negeri, Izham Hashim, menyatakan operasi tersebut akan diperluas ke sungai-sungai lain di Selangor. — The Star/FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram