PEMANTAUAN burung dan pencatatan aves kini menjadi bahagian penting dalam program pendidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Acara tahunan yang dinamakan 'October BIG Day' itu diadakan pada hujung minggu kedua setiap bulan Oktober bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap pemantauan burung dan pemulihan hutan.
Program tersebut dianjurkan oleh UMS bersama Persatuan Pemantau Burung Sabah (SBWA) dan akan menjadi acara tahunan.
BACA LAGI: Ada kesan bengkak, luka di badan, 4 pelajar tahfiz di KL disyaki didera sebelum hilang
BACA LAGI: Data adalah 'minyak' baharu, menteri saran guru dan pendidik kuasai teknologi terkini termasuk AI
Program yang dilaksanakan oleh pihak UMS dapat membantu memupuk minat para pelajar terhadap pemulihan hutan. — Agensi
Menurut pihak Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS menyatakan bahawa program itu merupakan kesinambungan daripada 'Program Winged Wonders' yang dianjurkan oleh Shangri-La Rasa Ria bulan lalu.
Program 'October BIG Day' bukan sahaja menggalakkan pelajar belajar tentang burung, tetapi juga berpotensi menjadi produk pelancongan memandangkan kampus UMS sering menjadi titik migrasi burung.
Aktiviti itu dilihat juga membantu dalam pemuliharaan hutan.
Presiden SBWA, Ron Pudin, menjelaskan bahawa program itu memberikan peluang kepada pemantau burung untuk mencatat spesies yang ditemui menggunakan aplikasi eBird selama 24 jam.
Pudin menekankan bahawa burung memainkan peranan penting dalam pemulihan hutan kerana kehadiran haiwan berkenaan dapat membantu penyelidik menentukan kesihatan hutan dan mengenal pasti biodiversiti yang ada.
Program itu diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan minat peserta dalam pemantauan burung.
Lebih 50 peserta dari kalangan pelajar dan kakitangan UMS, bersama ahli SBWA dan IDS, terlibat dalam acara itu menggunakan teropong untuk melihat dan merekod jenis burung yang ditemui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram