Hutang negara RM1.5 bilion: Pakar saran tutup ketirisan, kawal perbelanjaan


  • Bizz
  • Rabu, 18 Jan 2023

Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion.

PEMIMPIN negara ini sudah pasti mahu penyelesaian secara sistematik bagi melangsaikan kadar hutang negara, yang sudah mencecah hampir RM1.5 trilion.

Pada 30 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan.

Selain itu, ia juga ditubuhkan bagi mengurangkan hutang negara yang didakwa berjumlah lebih RM1 trilion.

Abu-Sofian-Yaacob-scaled

Abu Sofian

Ketika ditanya sama ada Malaysia perlu melakukan langkah sama seperti 2018, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana menganggap ia tidak memberi kesan secara ketara.

Sebaliknya, pakar ekonomi itu berkata, kerajaan perlu menutup ketirisan sedia ada bagi mengawal perbelanjaan negara.

Katanya, ini termasuk memastikan kutipan cukai pendapatan agensi kerajaan serta melakukan perbelanjaan secara berhemah.

"Operasi perbelanjaan pentadbiran dibenarkan, namun tidak perlu beli aset-aset baharu kecuali bertujuan penyelenggaraan.

"Malah, perbelanjaan bagi sektor pertahanan, kesihatan dan pendidikan adalah antara penting," katanya kepada Majoriti.

Selain bantuan subsidi kepada rakyat, katanya, kerajaan juga perlu mencari kaedah pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelabur asing untuk melabur di negara ini.

"Ini akan membuka peluang untuk menjana peluang pekerjaan baharu," katanya lagi.

file7nww167zmqv1mf3cicwj

Perbelanjaan bagi sektor pertahanan negara antara perkara penting perlu dititikberatkan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama aspek liabiliti.

Tingkat bantuan kepada rakyat

file76kj4l90p9er52adw9

Madeline Berma

Sementara itu, Datuk Dr Madeline Berma menyifatkan, kadar hutang negara itu sebagai angka yang tinggi, manakala kutipan derma daripada rakyat bukanlah suatu jalan penyelesaian terbaik.

Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) itu berkata, hari demi hari hutang negara semakin meningkat, yang mana adakalanya kerajaan membuat pinjaman lain bagi melangsaikan hutang tertunggak.

"Hutang mesti diuruskan tapi bukan dengan cara mengambil duit rakyat.

"Kekuatan ekonomi perlu diperteguhkan lagi sebelum kita boleh bayar balik hutang.

"Ini juga merupakan satu peluang untuk menguruskan perbelanjaan negara kerana defisit masih lagi tinggi," katanya.

file7lfgly4hgyx1fab1is0

Tingkat bantuan kepada rakyat dilihat lebih baik berbanding membenarkan pengeluaran wang KWSP.

Melihat kepada desakan segelintir pihak yang mahu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau menyarankan kerajaan agar meningkatkan lagi bantuan kepada rakyat.

Tambahan pula, katanya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka naik, kadar inflasi masih tinggi, selain harga barangan tinggi antara faktor yang mendesak supaya bantuan perlu disegerakan.

"Ini terutamanya bantuan kepada golongan miskin dan B40 disebabkan ekonomi juga belum pulih 100 peratus.

"Jangan beri mereka keluarkan KWSP tapi tambahkan bantuan kerana mereka perlukan KWSP ketika pencen kelak. Difahamkan, masih ada golongan B40 memiliki caruman KWSP tidak mencukupi," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram