DALAM setiap solat berjemaah, peranan jemaah di belakang imam adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.
Mereka bukan sahaja berperanan sebagai makmum, tetapi juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelancaran dan kesempurnaan ibadah.
Hal itu termasuklah kemampuan untuk menggantikan imam jika diperlukan serta memberi teguran yang betul ketika situasi memerlukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ustaz Syamsul Debat kongsi 5 amalan 'power' elak terkena pukau
@masjid.kg.nakhoda SIAPAKAH LAYAK BERADA DI BELAKANG IMAM? “Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam selalu meluruskan saf, seraya bersabda kepada para sahabat, “Luruskanlah saf kalian dan janganlah berkeluk-keluk, dan hendaklah yang berdiri di saf belakangku adalah ulul ahlam dan ulun nuha”.” riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi dari Abu Mas`ud #ilmuagama #masjid ♬ original sound - Masjid Kg Nakhoda
Dalam konteks berkenaan, pemahaman dan pengetahuan mengenai tata cara solat menjadi kunci untuk menjaga kualiti dalam ibadah.
Membahas mengenai situasi itu, siapakah individu yang sebenarnya layak duduk di belakang imam ketika solat jemaah?
Menerusi klip video berdurasi 1.57 minit, pihak Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor memberikan penjelasan mengenai individu yang paling layak berdiri di belakang imam terutamanya situasi apabila solat imam terbatal.
Hantaran yang dimuat naik menerusi TikTok itu memaparkan seorang lelaki memasuki masjid dan mendapati beberapa saf di belakang imam bertanda ‘reserve’ seakan-akan hanya orang tertentu sahaja boleh menduduki saf tersebut
Lelaki itu bertindak mencabut pelekat yang ada pada karpet saf tersebut.
Sejurus selepas itu, mereka memulakan solat berjemaah bersama imam, namun secara tiba-tiba solat imam terbatal tanpa sengaja.
Susulan itu, pihak masjid terbabit tampil memperjelas siapakah individu yang layak berada di belakang Imam.
"Kata Imam An-Nabawi, orang yang seharusnya berada di belakang imam seharusnya adalah mereka yang fakih atau berilmu.
"Terdapat tiga kriteria untuk membolehkan seseorang berada di belakang imam.
"Kelayakan dan pengetahuan yang membolehkan seseorang itu perlu tahu cara menjadi imam.
"Misalnya, jika Imam mengalami sesuatu yang membuatnya batal, dia harus tahu bagaimana untuk menggantikannya.
"Kedua adalah kemampuan menegur. Seseorang itu harus tahu cara menegur imam sama ada dari segi pergerakan mahupun bacaan.
"Ketiga adalah kesediaan menyampaikan pergerakan imam. Seseorang perlu sentiasa bersedia untuk menyampaikan pergerakan imam jika berlaku sebarang kejadian seperti mati lampu," katanya.
Adalah sah jika makmum tetap meneruskan solat jika imam batal, namun adalah lebih baik seseorang tampil menjadi pengganti. — mStar
Menurut ceramah Ustaz Azhar Idrus pula, topik 'Siapa Adfhal Duduk Belakang Imam Ketika Solat' ada menjelaskan perkara sama iaitu kriterianya adalah seseorang yang boleh menggantikan dan mampu menjadi imam.
"Tidak semestinya seorang hafiz dan fakih (pengetahuan mendalam dalam bidang fiqh islam) untuk menjadi imam.
"Yang penting, jemaah di belakang harus peka. Jika imam silap, jangan hanya saling pandang tanpa bertindak.
"Hal ini mengapa perlu ada pengganti kerana jika imam batal, orang di belakang boleh menggantikannya.
"Tidak wajib bagi seseorang yang berada di belakang imam untuk ke depan tetapi yang penting adalah menyelesaikan solat secara berjemaah.
"Walaupun sah solat walaupun imam batal, kita semua tetap mengikut. Jika orang yang lebih mahir bacaan berada di belakang, dia boleh mengambil alih dan membaca dengan baik," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram