Tiga beradik ditahan bantu siasatan dakwaan dera kes 4 budak tahfiz hilang di KL


  • 112
  • Ahad, 13 Okt 2024

Empat pelajar pusat tahfiz yang ditemui selepas dilaporkan hilang disyaki didera selepas polis mengesan beberapa luka pada anggota badan mereka.

POLIS menahan tiga beradik pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung penemuan kesan kecederaan dialami pelajar tahfiz yang ditemui semula selepas dilaporkan hilang di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketiga-tiga suspek terbabit merupakan pelajar di pusat tahfiz berkenaan.

Ujarnya, kesemua ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki masing-masing berumur 13, 15 dan seorang lelaki dewasa 20 tahun.

BACA LAGI: [VIIDEO] 'Haikal rindu, pulanglah mak', pelajar UPM kuatkan semangat rayu kepulangan ibu lepas ditinggal sejak usia 2 bulan

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

"Suspek pertama kemudiannya direman selama sehari untuk siasatan lanjut manakala dua lagi suspek tidak direman kerana bawah umur," kata beliau.

Menurut Rusdi, kesemua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pada pukul 7 petang Sabtu.

Bukit Aman CID deputy director (Investigation/Legislation) DCP Datuk Rusdi Mohd Isa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Katanya, ketiga-tiga suspek dibebaskan setelah keterangan mereka dirakam.

"Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor," katanya.

Pada Jumaat, Rusdi berkata, polis menemukan beberapa kesan luka pada anggota badan empat pelajar tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur yang diselamatkan selepas hilang.

Katanya, pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu ditemui di Bangi, Selangor dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas disyaki terdapat penderaan seksual.

Rusdi berkata, terdapat tanda-tanda bengkak dan luka-luka lain dipercayai berlaku ketika mereka berada di sekolah tahfiz itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram