Dera budak lelaki umur 6 tahun di Bagan Serai: Polis rampas 3 botol ketum, bapa dan ibu tiri ditahan


  • 112
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Pasangan suami isteri ditahan didakwa mendera anak berusia enam tahun di Ladang Kalumpang, Bagan Serai, Perak pada Khamis.

POLIS menahan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang didakwa didera di Ladang Kalumpang, Bagan Serai, Perak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, laporan polis telah dibuat pukul 4.09 petang pada 10 Oktober lepas berhubung kes itu.

Beliau berkata, lelaki berusia 47 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Ladang Kalumpong, Bagan Serai pada hari yang sama kira-kira pukul 5.30 petang.

BACA LAGI: Data adalah 'minyak' baharu, menteri saran guru dan pendidik kuasai teknologi terkini termasuk AI

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

"Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek untuk mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak berkenaan.

"Turut dirampas tiga botol berisi cecair dipercayai ketum,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, mangsa dibawa ke hospital Taiping, Perak dan doktor mengesahkan mengalami kecederaan di muka, dada, perut, kedua-dua tangan, kaki dan peha akibat dipukul.

"Mangsa kini diberikan rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan polis di talian 05-7212222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram