SEJAK pelancaran operasi memerangkap spesies ikan invasif, sebanyak empat tan ikan keli suckermouth yang dikenali sebagai ikan bandaraya berjaya dijerat di Sungai Langat, Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri, Izham Hashim berkata, operasi dilaksanakan oleh kerajaan Selangor itu menyaksikan usaha menjerat dilakukan setiap hujung minggu sejak September lalu.