PIHAK polis membuka kertas siasatan mengenai empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, empat pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Razak, Ahlami, Danish dan Darwais dilaporkan hilang sejak Selasa.
"Kami menerima aduan dan mengesahkan yang pelajar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sudah hilang sejak Selasa (8 Oktober)," kata Mohamad Lazim.
BACA LAGI: Budak perempuan 12 tahun turun seorang diri ambil makanan di kereta hilang di Klang
BACA LAGI: Pakai serba hitam, Nur Asmidah naik Bezza putih sebelum hilang — Polis Kuala Selangor
Kes kehilangan empat pelajar tahfiz tersebut nyata mendapat perhatian ramai ditambah dengan ia berlaku di ibu negara.
Terdapat seorang saksi yang mendakwa ternampak keempat-empat murid tersebut berada di tengah-tengah ibu kota.
Ketika dihampiri, saksi menawarkan bantuan untuk membawa mereka ke balai polis tapi ditolak.
"Saya ada nampak kanak-kanak ini di Menara Berkembar Petronas pada pukul 12 tengah malam. Mereka ada minta kami duit dan mengatakan yang mereka sesat. Saya ada nak hantar mereka ke balai polis tapi mereka menolak," dakwa saksi tersebut.
Jika ada yang ternampak keempat-empat pelajar ini, boleh hubungi bapa salah seorang mangsa iaitu Rasidi Othman di talian 018-6669863. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram