[VIDEO] Rapat dengan Salman Khan mungkin jadi motif geng Bishnoi tamatkan riwayat Baba Siddique


  • Benua
  • Ahad, 13 Okt 2024

Salman (kiri) dikatakan ada hubungan baik dengan Siddique (kanan).

KEMATIAN ahli politik veteran India, Baba Siddique mula menampakkan jalan penyelesaian terhadap kes pembunuhannya apabila pihak polis menahan dua suspek.

Laporan di India mendapati dua individu terbabit dipercayai daripada kumpulan Lawrence Bishnoi.

Walaupun begitu, pihak polis masih tidak dapat mengesahkan kaitan dua suspek tersebut dengan kumpulan tersebut. Malah, kumpulan tersebut juga tidak tampil ke depan mengaku bertanggungjawab membunuh figura politik veteran India itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya baik-baik saja,'Lieutenant Dan sanggup bertahan dalam bot layar ketika harungi Taufan Milton

BACA LAGI: Pembantu juruterbang terpaksa buat pendaratan cemas, kapten Turkish Airlines meninggal dunia sewaktu pesawat ke Istanbul

Setakat ini, polis cuma berjaya menangkap dua suspek dengan seorang lagi masih dalam buruan. Menurut rekod, dua suspek yang sudah diberkas itu adalah Gurmail Baljit Singh, 23 dan Dharamraj Kashyap, 19.

Mereka bertiga dipercayai sudah diupah untuk melakukan pembunuhan tersebut. Semasa siasatan Singh dan Kashyap mengatakan yang mereka menjalankan pemeriksaan lokasi selama sebulan untuk membunuh Siddique.

Namun begitu, kenyataan tersebut dikatakan bercanggah dengan maklumat mengatakan keberadaan Siddique semasa hari pembunuhan dinyatakan oleh seseorang.

Kaitan dengan kumpulan Bishnoi itu adalah kerana hubungan rapat Siddique dengan bintang Bollywood iaitu Salman Khan yang turut menerima ugutan daripada individu tersebut.

Salman Khan juga dikatakan menerima ugutan bunuh beberapa minggu lalu dan diberikan kawalan keselamatan yang tinggi untuk melindunginya.

Siddique yang merupakan watak penting dalam politik India, ditembak mati di kawasan Bandra pada Sabtu oleh tiga penjenayah.

Sekurang-kurangnya enam tembakan dilepaskan kepadanya dengan empat daripadanya mengenai dada ahli politik tersebut.

Siddique, 66, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak tiga kali dan merupakan tokoh politik berpengalaman di Maharashtra.

Beliau meninggalkan Parti Kongres Nasional India pada Februari untuk menyertai Parti Kongres Nasionalis (NCP) yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Ajit Pawar.

Pembunuhan berlaku ketika Maharashtra, antara negeri yang paling berpengaruh dari segi politik di India, sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri akhir tahun ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram