[VIDEO] Belum habis 'santau' pengadil Oman, Indonesia sekali lagi akan diuji pegawai kontroversi


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Indonesia tidak berhasil meraih tiga mata penuh dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026. — Facebook/PSSIProperty

PENYOKONG Indonesia menyuarakan kebimbangan mereka menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Qingdao dekat Shandong, China, membabitkan Indonesia menentang China pada Selasa ini.

Kekhuatiran itu disuarakan selepas pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Mohamed Al Ali akan mengadili perlawanan antara Sang Garuda dan China, individu yang pernah mempunyai sejarah kontroversi membantu Bahrain menang ke atas Australia.

Momen itu berlaku pada perlawanan pertama Kumpulan C Pusingan 3 Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2026 (5 September lalu) apabila Al Ali segera menghadiahkan kad merah kepada tonggak Australia.

BACA LAGI: [VIDEO] Sang Garuda menangis pengadil 'curi' kemenangan, mahu hantar surat bantahan kepada AFC

BACA LAGI: [VIDEO] Padang 'bendang' tak halang aksi kelayakan Piala Dunia Argentina-Venezuela

Bermain dengan 10 orang menyaksikan Australia tewas 0-1 kepada Bahrain akibat jaringan sendiri dari tonggak pasukan tuan rumah iaitu Harry Souttar pada minit ke-89.

Dengan Al Ali dikatakan akan bertugas dalam aksi Indonesia menentang China, ia membuatkan penyokong Sang Garuda bimbang dengan mutu pengadilan dan mula membayangkan jika insiden menentang Bahrain sebelum ini akan berulang.

Dalam aksi menentang Bahrain pada Rabu ini menyaksikan kemenangan skuad kendalian Shin Tae-yong dirampas selepas pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf dilihat enggan meniupkan wisel penamat meskipun permainan sudah melebihi tambahan masa enam minit yang diberikan.

Tindakan pengadil dari Oman itu memberi peluang buat pasukan tuan rumah untuk membuat serangan balas dan berhasil apabila Jasim sekali lagi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-99.

Susulan keputusan kontroversi daripada pengadil itu menyebabkan kem Indonesia tidak berpuas hati dan beranggapan kemenangan mereka 'dicuri' oleh pengadil yang sengaja memberi masa tambahan buat Bahrain.

Menjengah reaksi penyokong Garuda di media sosial, rata-ratanya membangkitkan kemarahan mereka dengan melontarkan komen-komen berbaur kecaman terhadap etika kerja Said Al-Kaf.

Malah, tidak kurang juga ada yang bergurau ingin menghantar sihir kepada pengadil berkenaan sebagai tanda ketidakpuashatian mereka.

Seperti yang dimuat naik oleh salah seorang penyokong Indonesia menggunakan akan Facebook, Manchester United FC Indonesia menyaksikan foto Said Al-Kaf diletakkan bersebelahan dengan bungkus putih seperti mayat sambil membaca mantera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram