PASUKAN bola sepak kebangsaan Indonesia menunjukkan peningkatan yang signifikan cukup dalam beberapa tahun terakhir.
Prestasi tersebut tercermin di atas padang apabila skuad negara jiran yang turut dibarisi pemain warisan berkualiti tinggi berjaya mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.
Lebih mengejutkan, pasukan bimbingan Shin Tae-yong juga menampilkan kejutan dalam dua perlawanan awal Kumpulan C.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya nak main untuk Selangor', Razman Roslan kata bukan hanya sebab Hamidin suruh keluar
Ia selepas mereka berjaya mengikat dua gergasi Asia iaitu Australia dan Arab Saudi masing-masing dengan keputusan seri 0-0 dan 1-1.
Keupayaan Indonesia bersaing di peringkat tertinggi itu secara tidak langsung menimbulkan perdebatan dengan membandingkannya bersama Malaysia yang merupakan musuh tradisi di atas padang.
Ia khususnya mengenai prestasi pemain warisan yang dipanggil kembali menyarung jersi kebangsaan.
Ini kerana meskipun kedua-dua pasukan melakukan langkah sama, Indonesia dilihat lebih berjaya berbanding skuad kebangsaan Malaysia.
Skuad bola sepak Indonesia kini terdiri daripda pemain warisan berkualiti tinggi. — Agensi
Terdapat pelbagai punca dikemukakan penyokong kedua-dua pasukan.
Antaranya, adalah keterbatasan yang dihadapi Malaysia untuk mencari pemain warisan berkualiti kerana jumlah bakat yang terhad berbanding Indonesia.
Perkara ini turut diakui oleh Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Dalam satu temu bual pada tahun ini, Hamidin berkata, tidak seperti Indonesia, pemain warisan yang dimiliki Malaysia tidak sebanyak negara jiran tersebut.
Disebabkan itu, beliau berkata, adalah sukar untuk FAM bagi mencari pemain berketurunan Malaysia yang berkualiti bagi memperkuat skuad negara.
Perkara tersebut turut diakui oleh penyokong bola sepak Indonesia.
Bagaimanapun, mereka mengakui itu bukan satu-satunya punca di sebalik kejayaan skuad Indonesia.
Ini kerana menurutnya, perkembangan itu turut disumbangkan oleh kecemerlangan kepimpinan ditunjukkan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir
"Betul sekali, kerana kita negara yang besar, jadi banyak pemain keturunan Indonesia yang menyebar di seluruh negara. Makanya Indonesia lebih senang mencari dan memilih pemain.
"Di tambah lagi kepemimpinan pak Erik Thohir yang membuat pemain keturunan Indonesia itu yakin untuk memilih Indonesia," tulis Andre Chanel.
Erick Thohir (kiri) bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino. — Agensi
"Sebenarnya bukan itu masalahnya (jumlah pemain warisan). Kami Indonesia punya pak Erik Yang selama ini sudah lebih dahulu berjuang untuk kemajuan sepak bola Indonesia. Kami bikin asasnya dahulu baru kami bangun atasnya.
"Kami sudah tahu kekuatan asas kami sehingga kami mudah mendapatkan kepercayaan pemain pemain keturunan. Jadi kalau mahu kejayaan segera memang boleh, tapi belum tentu mendapatkan kepercayaan dari pemain pemain terbaik dunia.
"Jadi usaha pak Erik YANG sangat berpengaruh sehingga kami sudah terbang saat ini," tulis seorang lagi penyokong Indonesia yang memakai nama Ismail Nawawi di Facebook.
Untuk rekod, skuad Indonesia kini turut menunjukkan peningkatan di ranking dunia FIFA dengan berada di kedudukan ke131 dunia.
Pada masa sama, kecemerlangan yang dipamerkan skuad senior turut tercermin kepada pasukan muda negara tersebut yang mengakhir saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun di tempat keempat.
Selain itu, pasukan Bawah 23 Tahun Indonesia juga layak sehingga ke pusingan kalah mati di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram