TIDAK cukup berselindung di sebalik lesen perniagaan dimiliki oleh orang tempatan, sebuah kedai makan dioperasikan warga asing didapati turut bertindak menyalah gunakan minyak paket subsidi yang sepatutnya diperuntukkan bagi rakyat.
Itu merupakan antara kesalahan yang dibongkar oleh pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka dalam satu serbuan yang dijalankan.
Operasi terbabit turut disertai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar dan dikongsikan di laman TikTok, kpdnmelaka.
BACA LAGI : 'Berkawad di dapur', diet setiap platun berbeza, pensyarah MSU 'berjuang' dalam dunia kulinari TLDM
BACA LAGI: Tak sangka, abang bomba viral dukung warga emas rupanya pelantun lagu Iban 'Ke Pengujung Seput'
Operasi terbabit turut disertai oleh Hee Sem (kiri) dan Norena.
Ketika serbuan tersebut, kedai makan terbabit didapati sedang dioperasikan beberapa orang wanita yang mengaku sebagai pekerja dan warga Rohingya.
Pada awalnya, anggota penguat kuasa menemui sekurang-kurangnya dua unit minyak masa paket di gerai tersebut.
Bagaimanapun, salah seorang pekerja wanita terbabit menafikan bahawa gerai itu beroperasi dengan minyak masak subsidi yang merupakan barang kawalan.
Anggota penguat kuasa kemudiannya menemui sejumlah minyak paket yang disimpan di bawah tempat penyimpanan dapur.
Bagus akak baju kurung pink, tak bagi chance langsung. Dah lah curi minyak subsidi, kedai kotor lepas tu pakai penangkal azimat dengan huruf huruf pelik. Padan muka, suruh lah jin kau bayar denda tu semua pic.twitter.com/9FYQEx3b4a
— Ikhwan (@JatIkhwan) October 12, 2024
Pada masa sama, wanita tersebut juga dilihat cuba berdalih apabila ditanya mengenai pemilik kepada gerai berkenaan.
Ujarnya, pemilik kedai tidak berada di premis pada waktu itu dan kebiasaannya hanya datang ketika petang.
Pada masa sama, kedai makan terbabit juga didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik dengan ada bahan makanan didapati diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, pemeriksaan lanjut dilakukan turut mendapat kedai terbabit dipercayai menggunakan tangkal berupa bungkusan kecil putih yang diletakkan di atas tiang premis berkenaan.
Turut dijumpai adalah lukisan dan tulisan pelik dipercayai mantera yang tertulis di atas kertas diletakkan di hadapan pintu dan dinding kedai terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram