[VIDEO] Bekas pelajar UPNM desak artis seperti Dolla, Hazama 'beraksi' guna uniform askar dikenakan tindakan


  • Hiburan
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Kumpulan Dolla mengenakan uniform celoreng pada festival muzik Hausboom Music Festival 2024 baru-baru ini.

SEORANG bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), menggesa agar tindakan undang-undang dikenakan kepada artis hiburan tanah air yang memakai uniform bercorak celoreng ketika mengadakan konsert.

Jelasnya, uniform kebanggaan negara itu tidak seharusnya disalah guna oleh selebriti yang sewenang-wenangnya merosakkan imej Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan aksi kurang sopan.

BACA LAGI: [VIDEO] Mira Filzah rancang tambah anak, lebih gemar luang masa keluarga berbanding ‘update’ Instagram macam BBNU

BACA LAGI: Lagu hampir 10 juta views di YouTube, imej botak Tantari bukan kerana Achey, sebaliknya angkara Azizulhasni Awang

"Jika ditanya kepada mereka yang bergelar Tentera Darat pasti masing-masing akan meluahkan rasa tersinggung jika uniform kebanggaan disalah gunakan.

"Dimanakah silap, adakah penganjur lupa untuk rujuk mana-mana badan bertanggungjawab.

"Kami penat lelah latihan, tinggal keluarga dan korbankan masa semata-mata nak sarung baju keramat ni, korang mudah-mudah je nodai uniform kami," kata Hafizi Azri di laman Facebook pada Rabu.

Menggesa agar pihak TDM mengeluarkan kenyataan dan amaran berhubung hal itu, Hafizi berharap agar nama baik badan beruniform itu terbela.

Terdahulu, kumpulan Dolla mengundang perhatian warganet apabila mengenakan baju celoreng tentera ketika membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 baru-baru ini.

Sakan berjoget di atas pentas, penampilan ketiga-tiga ahli kumpulan itu dikatakan mencemarkan imej pasukan tentera negara di samping fesyen yang dikenakan juga terlampau seksi.

Sebelum ini, penyanyi Hazama turut terpalit kontroversi sama apabila memakai baju bercorak celoreng ketika mengadakan konsert pada 2017.

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang anggota tentera terhadap penyanyi popular itu atas dakwaan telah melanggar peraturan pemakaian uniform pasukan keselamatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram