[VIDEO] ‘You are my blood brother’, mat motor sambung tugas wanita ‘towing’ warga Palestin kehabisan minyak


  • Tular
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan dua rakyat Malaysia membantu lelaki Palestin (baju putih) menunda motosikalnya yang kehabisan minyak.

RAKYAT Malaysia boleh dianggap prihatin kerana mereka sering berhenti di tepi jalan untuk membantu penunggang motosikal lain yang mengalami masalah.

Ia dapat dilihat menerusi satu video tular di media sosial yang dimuat naik oleh @bckupacc99 di laman X menunjukkan dua orang penunggang motosikal membantu seorang lelaki dipercayai warga Palestin di jalan raya.

Menerusi video yang berdurasi dua minit 38 saat itu pada mulanya memaparkan seorang wanita sedang membantu untuk menunda motosikal individu tersebut.

BACA LAGI: 'Saya sudah tiada lagi anak lelaki,' bapa Khairil Anwar tak sangka kehilangan 2 anak dalam kemalangan

BACA LAGI: Adib pernah minta supaya tidak letak harapan tinggi padanya — Ibu

Prihatin dengan wanita tersebut, seorang pemuda dilihat mengambil alih tugas berkenaan.

Manisnya video tersebut, pemuda itu sempat bertanyakan negara asal lelaki tersebut, dan dijawab bahawa dia berasal dari Palestin.

Selepas mendengar bahawa lelaki itu berasal dari Palestin, pemuda tersebut berkata, "You are my blood brother."

Pemuda berkenaan menunda motosikal itu hingga ke stesen minyak berhampiran.

Selepas tiba di stesen minyak tersebut, lelaki Palestin itu mengucapkan terima kasih dengan membunyikan hon motosikal.

Berdasarkan video tersebut, motosikal lelaki Palestin berkenaan dipercayai kehabisan minyak ketika berada di lebuh raya.

Pemuda itu menunda motosikal tersebut dari Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ke stesen minyak BHP Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram