Dakwaan kerabat diraja serang lelaki di Kuantan, Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan tegas


  • Primer
  • Khamis, 05 Sep 2024

Tengku Hassanal menitahkan agar tindakan tegas diambil oleh pihak polis berhubung dakwaan itu. — Instagram/Tengku Hassanal

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dakwaan kerabat diraja Pahang menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di Kuantan pada Jun lalu.

Baginda bertitah, pihak polis perlu menyiasat kes itu dengan segera, telus, adil dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak.

"Tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat,” titah baginda.

"Saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," titahnya menerusi akaun Instagram pada Khamis.

BACA LAGI: Kartel palsu tuntutan bebankan pentadbiran, kos pengurusan PERKESO - MTUC

BACA LAGI: TikTokers diberi amaran polis jauhi kawasan tanah jerlus di Masjid India

6255632636018015596

Baginda bertitah menerusi akaun Instagramnya pada Khamis. — Instagram/Tengku Hassanal

Terdahulu, mangsa didakwa dipukul, ditikam dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang anak kerabat diraja Pahang di Kuantan pada 6 Jun lalu.

Mangsa yang dikatakan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan cedera dan menerima beberapa jahitan di kaki selepas diserang menggunakan senjata.

Polis kemudiannya dilaporkan sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beberapa individu didapati terlibat dengan kes itu sudah dilaporkan sudah ditahan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram