RAMAI warganet mengecam susulan tindakan pemandu bas yang bertindak merakam dan memuat naik video murid sekolah di dalam kenderaan itu sebelum akhirnya ditahan polis pada Jumaat.
Menerusi hantaran di laman X (Twitter), seorang pengguna, @nhma127 memuat naik satu video memaparkan tindakan lelaki yang sepatutnya dicontohi oleh orang ramai.
Video berdurasi 2.20 minit itu menunjukkan telatah seorang pekerja kantin melayani para murid sekolah yang sedang membeli makanan.
BACA LAGI: Kartel palsu tuntutan bebankan pentadbiran, kos pengurusan PERKESO - MTUC
Mcm ni baru betul.
Jadilah org dewasa yg sntiasa melindungi kanak2.
Bukan mempergunakan kanak2 utk kepentingan diri.
Kesimpulannya,menjadi tgjwb kita bersama menjaga dan melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa jenayah seksual. pic.twitter.com/t322I63DNb
— NuHa (@nhma127) September 6, 2024
Konten sebegitu adalah dilihat lebih baik berbanding konten pemandu bas yang tular pada Khamis kerana kelakuannya itu dianggap tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasi, dakwa netizen.
"Video seperti ini baru betul. Jadilah orang dewasa yang sentiasa melindungi kanak-kanak, bukan mempergunakan mereka untuk kepentingan diri.
"Kesimpulannya, adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaga dan melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa jenayah seksual," tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, akaun yang dikenali sebagai @_EhEzal berpendapat konten sebegitu sepatutnya dicontohi ramai.
"Konten macam inilah yang patut kita sokong sebenarnya. Masih ada harapan kita ni," komennya.
"Macam ni la baru bagus. Steady Abang Kantin tak macam Abang Bas," kata Yana frhh.
Sementara itu, ada juga netizen memberi respons negatif apabila mereka berpandangan konten Abang kantin itu juga tidak sewajarnya dimuat naik.
"Konten macam ini pun salah sebenarnya dan boleh mengundang.
"Senang cerita kalau buat konten itu tak payah letak muka budak-budak langsung," komen akaun @elmontel_.
"Just don't normalize recording other people without consent.
"It's that simple, tak kisah la konten apa pun walaupun tak nampak salah but it's still wrong.
"This type of video will open an opportunity for predators...," komen @cosmos_cloud_. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram