Langgar akta kanak-kanak, pemandu lelaki muat naik video dengan kapsyen 'crush' berdepan tindakan tegas


  • Primer
  • Khamis, 05 Sep 2024

Tangkap layar tindakan seorang pemandu bas sekolah memuat naik video murid sekolah di dalam kenderaan itu di media sosial diarahkan untuk dilaporkan kepada pihak polis.

TINDAKAN seorang pemandu bas sekolah memuat naik video murid sekolah di dalam kenderaan itu di media sosial diarahkan untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Gesaan itu diarahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri kepada pegawainya dengan segera.

Beliau juga mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak membuat laporan polis serta bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

BACA LAGI: Kartel palsu tuntutan bebankan pentadbiran, kos pengurusan PERKESO - MTUC

BACA LAGI: [VIDEO] PERKESO tak kompromi, akan rombak proses tuntutan palsu faedah HUK di hospital susulan kes kartel doktor di P.Pinang

"Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tak patut dinormalisasi.

"Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu di bawah Akta Kanak-Kanak," katanya dalam satu hantaran di X pada Khamis.

Sebelum ini, tular beberapa video dimuat naik pemandu bas lelaki yang memaparkan wajah murid-murid sekolah dan mempunyai lebih 640,000 pengikut di TikTok.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila terdapat video yang berserta kapsyen merujuk murid perempuan sebagai kekasih (crush).

Bukan sekadar itu, terdapat juga video memaparkan tindakan pemandu tersebut mengejutkan kanak-kanak yang sedang tidur sambil mengusap bibir yang semakin membangkitkan persoalan ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram