Wanita rempuh 3 pelajar UiTM Dungun hingga maut direman empat hari


Wanita (tengah) yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM Kampus Dungun pada Rabu, direman empat hari bermula Khamis.

SEORANG wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua buah motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu pada Rabu, direman selama empat bermula Khamis.

Perintah reman terhadap wanita berusia 49 tahun itu yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dikeluarkan Majistret, Nur Amira Fatihah Osman setelah membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA LAGI: Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun

BACA LAGI: Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah kena rempuh wanita disyaki ada masalah mental

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, dalam kemalangan itu, pemandu berkenaan disyaki merempuh dua motosikal yang ditunggang empat penuntut yang dalam perjalanan pulang ke kampus.

Kejadian berlaku di laluan berhadapan kampus dekat Kampung Sura Hujung, Dungun.

2956246

Majoriti sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Cawangan Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah SUV pada Rabu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing-masing berusia lingkungan 20-an.

Sementara itu, mangsa keempat Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20 mengalami kecederaan parah kini dilaporkan sudah sedarkan diri di Hospital Dungun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram