Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah kena rempuh wanita disyaki ada masalah mental


  • 112
  • Rabu, 09 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan kereta jenis SUV yang melanggar pelajar UiTM.

TIGA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun, Terengganu dilaporkan maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran universiti berkenaan kira-kira pukul 8.00 malam.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman media sosial, SUV yang merempuh mangsa dipandu oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai mengalami masalah mental.

BACA LAGI: Hanya skor aksi friendly, Milos sekali lagi jadi 'bahan' fans Sang Kenari

BACA LAGI: Pemenang AFF 2010 mahu kembali ke Liga Super, 2 kelab Pantai Timur jadi destinasi

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah dan dilaporkan kritikal ialah Amar Danish Mohd Ridwan, 20.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam.

Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun.

Polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Sementara itu, berdasarkan satu posting di Facebook Pika Messo memaklumkan kesemua mangsa berasal dari luar Terengganu dengan salah seorang daripadanya meninggal ketika kedua-dua ibu bapa dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Mangsa tersebut, Ku Adib merupakan atlet merentas desa SUTAMA sepanjang persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama.

Perkara tersebut dikongsikan bekas guru mangsa yang memaklumkan di group Telegram Kelab Olahraga Elit 2024/2025.

"Al-fatihah (dibaca) buat Ku Adib Aizad Ku Azmi. Moga diampunkan segala dosanya ketika di dunia dan dicucuri rohnya," tulis hantaran tular itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram