Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun


  • 112
  • Khamis, 10 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan kereta jenis SUV yang melanggar pelajar UiTM.

MANGSA keempat yang dirawat di Hospital Dungun selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua motosikal di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu pada Rabu, sudah sedarkan diri.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, pada Khamis.

"Mangsa keempat masih hidup dan sudah sedar," katanya ringkas kepada Majoriti.

BACA LAGI: Hanya skor aksi friendly, Milos sekali lagi jadi 'bahan' fans Sang Kenari

BACA LAGI: Pemenang AFF 2010 mahu kembali ke Liga Super, 2 kelab Pantai Timur jadi destinasi

Majoriti pada Rabu melaporkan, tiga pelajar UiTM Cawangan Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah SUV pada Rabu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing-masing berusia lingkungan 20-an manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20 mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.26 malam sebelum sepasukan 10 anggota dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

2715f3a7-7b09-4ea2-9f0e-b6c6ce40af8e

Menurutnya, mayat seorang mangsa yang terjatuh ke longkang dibawa naik anggota bomba.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

"Mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Rektor UiTM Dungun menerusi laman Instagram memberitahu tiga jenazah akan dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun pada pukul 10 pagi Khamis, kemudian disolatkan di Masjid UiTM Dungun sebelum dibawa pulang masing-masing ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram