
STAR Media Group Berhad (SMG) menafikan ada mengeluarkan berita berkaitan Bank Negara Malaysia (BNM) menyaman Tan Sri Johan Jaafar.
Hebahan iklan yang tersebar di media sosial itu menyaksikan sindiket penipuan (scam) menggunakan masthead laman The Star Online dengan menggunakan tajuk 'Bank Negara Malaysia menyaman Johan Jaafar terhadap kenyataan yang dibuat beliau di televisyen'.
Perbuatan tersebut dilakukan di laman Facebook menerusi akaun semitvlogistics.com dan ia menyalahgunakan identiti jenama The Star.
BACA LAGI: Tiga kuasa media Asia perluas liputan prinsip ESG bantu capai pelepasan sifar bersih menjelang 2050
BACA LAGI: Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO, Rozaid Rahman meninggal dunia pada usia 59 tahun
Dalam hebahan berita palsu tersebut, ia turut disertakan foto Johan dengan kapsyen mengatakan yang figura kewartawanan ulung negara itu menyesal dengan perbuatannya.
"Johan mengatakan kesal kerana mendedahkan kebenaran secara langsung di udara. Namun ia sudah terlambat," tulis kapsyen tersebut.
Pihak SMG menafikan yang laman tersebut mempunyai apa-apa kaitan dengan The Star dan ia tidak mewakili sebarang bentuk jenama itu di media sosial atau laman sesawang dalam apa cara sekali pun.
Pihak The Star mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan berita yang sahih menerusi pautan di https://www.thestar.com.my/. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram