Anggur premium tumbuh di negara 4 musim hidup subur di Gopeng


  • Bizz
  • Rabu, 09 Okt 2024

Anggur Kyoho berstruktur lembut, berwarna hitam dan memiliki rasa manis seperti buah beri. — The Star

SEBUAH ladang agropelancongan di Gopeng, Perak berjaya menanam anggur Kyoho premium dari Jepun yang biasanya boleh tumbuh di negara empat musim.

Pegawai Pemasaran Agrotech Profarm Gopeng, Wong Kok Wai berkata, pihaknya mula melakukan penyelidikan dan melaksanakan kaedah penanaman anggur jenis itu sejak 2019.

Matlamatnya adalah untuk menanam anggur di atas tanah seluas hampir dua hektar.

BACA LAGI: MBSJ laksana penyelenggaraan pokok di 18 lokasi

BACA LAGI: Guna tanah kerajaan simpan makanan golongan rentan, NGO rayu DBKL lanjut notis kosongkan premis

460114065_934585812043155_6195885809561664530_n

Pengunjung boleh mendapatkan buah anggur Kyoho segar dari ladang di Gopeng. — Facebook

Kok Wai berkata, dengan penjagaan dan baja yang betul, anak pokok anggur pertama membuahkan hasil dengan kemanisan yang sepadan dengan hasil di Jepun.

"Sejak itu, kami memutuskan untuk mengembangkan penanaman.

"Anggur Kyoho sesuai walaupun suhu Malaysia yang tinggi," katanya.

Beliau bagaimanapun mendedahkan, ia perlu ditanam di bawah kawasan berbumbung dengan baja yang bersesuaian.

Katanya, anggur juga boleh membuahkan hasil dalam masa setahun jika dijaga dengan cermat.

Jenis anggur Kyoho berwarna hitam, mempunyai tekstur lembut dan rasa manis yang serupa dengan buah beri.

"Anggur ini dijual pada harga RM70 sekilogram di ladang. Pengunjung boleh petik anggur dan menikmatinya segar daripada pokok.

"Pokok anggur boleh berbuah sehingga 100 tahun," katanya.

459945722_934585898709813_4166992451698345281_n

Anggur Kyoho yang berjaya ditanam dengan subur di Gopeng. — Facebook

Beliau juga menjelaskan bahawa dengan kaedah penanaman ladang itu, mereka mampu menghasilkan buah sepanjang tahun.

Kok Wai berkata, ladang itu juga satu-satunya tempat di negara ini mengusahakan penanaman jambu batu Taiwan.

Selain anggur, ladang itu juga menawarkan pelbagai jenis sayuran organik termasuk sayur sawi.

Pengunjung juga boleh melawati zoo yang mempunyai kolam ikan dan pelbagai haiwan seperti unta.

Ladang tersebut juga menyediakan penginapan bagi mereka yang ingin meluangkan masa.

Bayaran masuk pula sebanyak RM3 seorang membolehkan tetamu membeli hasil segar semasa lawatan mereka.

Berkeluasan hampir 20 hektar, ladang itu terletak di Kampung Pintu Padang, kira-kira 20 minit atau 8 kilometer (km) dari bandar Gopeng. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram