[VIDEO] Peguam baca surat bapa Altantuya maafkan Azilah, sokong hukuman mati ditukar penjara 40 tahun


Dr Shaariibuu (kanan) menyokong permohonan untuk menukar hukuman mati Azilah kepada hukuman penjara seumur hidup.

MESKIPUN pengakhiran hidup puterinya berakhir dengan kejam, bapa kepada model Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu, berlapang dada memaafkan dan memberikan peluang kedua buat si pelaku.

Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev pada Khamis menyatakan sokongan terhadap permohonan semakan yang difailkan bekas komando polis, Azilah Hadri, 48, untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Seutus surat perihal kesucian hidup juga ditulis oleh Shaariibuu, untuk dibacakan secara rasmi di Mahkamah Persekutuan, pada Khamis.

BACA LAGI: Peruntukan RM100 juta diluluskan selenggara jalan di Semenanjung — Ahmad Maslan

BACA LAGI: Tak perlu isytihar kawasan Masjid India zon tidak selamat — KPN

Peguam J Kuldeep Kumar, yang mewakili Azilah, membaca sebahagian daripada isi kandungan surat berkenaan di mahkamah.

"Saya menulis untuk secara rasmi memohon pengampunan bagi hukuman Azilah Hadri, yang ditukar kepada penjara seumur hidup. Dia dijatuhkan hukuman mati pada 2006 atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia.

"Saya telah menyentuh perkara ini dalam surat saya kepada perdana menteri anda.

"Penting untuk diakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan kesucian kehidupan, dengan menekankan semua makhluk di planet ini mempunyai hak untuk hidup.

"Permohonan saya lahir daripada rasa hormat mendalam terhadap kemanusiaan rakyat Mongolia," ungkap bapa Altantuya menerusi surat tersebut.

2

Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman gantung terhadap Azilah kepada penjara 40 tahun bermula dan 12 sebatan.

Peguam itu membuat hujahan dalam permohonan semakan hukuman mati Azilah di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Mahkamah Persekutuan.

Hakim lain termasuk Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Datuk Nordin Hassan.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang bertindak mewakili pihak keluarga Altantuya, mengesahkan bahawa beliau mempunyai salinan asal surat tersebut.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman gantung terhadap Azilah kepada penjara 40 tahun bermula dan 12 sebatan.

Permohonan bekas Cif Inspektor itu untuk membuat semakan semula hukuman mati di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 dibenarkan oleh panel tiga hakim berkenaan.

Dalam keputusan sebulat suara, Tengku Maimun berkata, terdapat faktor-faktor yang kukuh dan alasan munasabah yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk memihak kepada pemohon.

"Pemohon juga telah mengemukakan afidavit yang membolehkan mahkamah menggunakan prinsip perkadaran dalam menjatuhkan hukuman dan ia termasuk surat daripada bapa Altantuya yang secara jelas menyokong permohonan Azilah untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara," katanya.

Untuk rekod, Altantuya, 28, dibunuh di kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor, pada Oktober 2006. Mayatnya dipercayai diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram