Imam maut kemalangan di Lumut, baru sehari timang anak


  • 112
  • Selasa, 08 Okt 2024

Nurul Kamal (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami. — Bomba Perak

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di Lumut, Perak, pada Selasa.

Mangsa, Nurul Kamal Zulkarnain, 37, yang juga bertugas sebagai imam dan guru takmir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami.

Dalam insiden tersebut, kenderaan utliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara yang dipandunya terbabas ke ladang kelapa sawit terletak di tepi lebuh raya berkenaan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 4.35 petang.

Menurut beliau, operasi diteruskan untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

462241358_18284433790239287_1431496124381035246_n

Arwah turut bertugas sebagai guru takmir di AADK Perak Tengah. — AADK Perak Tengah

Dalam pada itu, berita pemergian arwah turut dikongsikan laman Facebook Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Daerah Perak Tengah.

Difahamkan, Allahyarham Nurul Kamal turut bertugas sebagai guru takmir di AADK Perak Tengah.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Takmir AADK Daerah Perak Tengah merangkap Imam Masjid As Siddiq Taman Iskandar Perdana (Seri Iskandar), Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain telah mengadap Illahi petang tadi terlibat kemalangan jalan raya di lebuh raya WCE," ujar hantaran tersebut.

Sementara itu, menerusi laporan Kosmo, arwah difahamkan baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayinya pada Isnin di Hospital Seri Manjung (HSM).

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa melawat isteri dan anak baharunya dengan arwah dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk mengambil anaknya yang lain pulang dari sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram