
SIAPA sangka, hanya kerana sepucuk daun kemuncup mampu menjadi asbab kenapa seseorang itu terlepas menjadi mangsa kemalangan.
Itulah yang berlaku kepada salah seorang rakan kepada tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang maut dilanggar sebuah kereta di Dungun, Terengganu pada Rabu.
Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda CRV dipandu seorang wanita yang merempuh dua motosikal Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC ditunggangi empat pelajar UiTM.
BACA LAGI: Wanita rempuh 3 pelajar UiTM Dungun hingga maut direman empat hari
BACA LAGI: Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun
Foto tular kemalangan membabitkan empat penuntut UiTM Dungun.
Ku Adib Aizad Ku Azmi, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Khairil Anwar Jamaludin meninggal dunia dengan seorang lagi mangsa, Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah.
Namun begitu, perkongsian oleh Nor Azila Hassan di media sosial menceritakan yang keempat-empat mangsa tersebut keluar makan dengan seorang lagi rakan menjadikan mereka berlima.
Akan tetapi, selepas makan, individu tersebut tidak pulang bersama-sama kesemua mangsa kerana ingin mengambil daun kemuncup di tepi jalan.
Ketika sedang mengambil daun tersebut, tanpa disedari rakan-rakanya sudah dilanggar oleh kereta tersebut dengan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Adik saya berlima (dengan mangsa kemalangan), keluar makan di kedai kopi depan universiti. Selepas makan nak masuk semula ke universiti, adik saya melencong sekejap pergi ambil kemuncup.
"Tujuannya (ambil kemuncup) untuk main laga-lagakan ia. Tengok-tengok kawan empat orang sudah dilanggar depan mata, kawan-kawan sebilik sudah tiada.
"Adik selalu hubungi mak cerita pasal kawan-kawannya," kata Azila dalam perkongsiannya.
Pada Khamis, wanita berusia 49 tahun yang disyaki kurang siuman direman selama empat hari. Suspek disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram