KANAK-KANAK perempuan yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas dekat Tawau, Sabah ditemui lemas pada Sabtu.
Lebih memilukan lagi, mayat budak perempuan berusia empat tahun tersebut ditemui tersangkut pada dahan kayu kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan hanyut pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa, Putri Jimar ditemui ketika operasi pencarian dilakukan.
BACA LAGI : Enggan tragedi menimpa ayah sebelum Zuhur berulang, Azizul nekad buka akademi tawar latihan CPR, AED
BACA LAGI : 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri
Putri Jimar ditemui ketika operasi pencarian dilakukan oleh orang kampung dalam operasi SAR. — Info X
"Mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung yang melakukan pencarian di sungai tersebut pada pukul 8 pagi tadi.
"Mangsa ditemui dalam keadaan tersangkut pada dahan kayu dan mayat dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan dalam tragedi kira-kira pukul 6 petang Jumaat itu, Putri Jimar dipercayai terlepas dari tangan bapanya ketika cuba menyeberang sungai tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram