SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah menegaskan usaha menghentikan kegiatan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berikutan amalan yang dilakukan oleh organisasi tersebut menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan titah tersebut dimaklumkan kepada beliau yang mahu aktiviti GISB dihentikan selepas meneliti laporan yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
“Laporan JAIPk juga mengenal pasti beberapa kumpulan di Perak yang disyaki mengamalkan ajaran sesat,” katanya semalam ketika menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma dan Para Sukma.
Sultan Nazrin menegaskan usaha menghentikan kegiatan GISB berikutan amalan yang dilakukan oleh organisasi tersebut menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pada 4 Oktober lepas, Saarani menyatakan JAIPk sedang menyediakan laporan mengenai GISB untuk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin. Susulan daripada hal tersebut, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memulihkan pengikut GISB
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia melaporkan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan GISB terpalit dengan isu berkaitan agama dan eksploitasi kanak-kanak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd, perlu tampil membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menteri. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram