Semua 622 kanak-kanak diselamatkan daripada rumah amal GISB dapat perlindungan — Fahmi


  • Primer
  • Selasa, 08 Okt 2024

Sehingga 30 September lalu, lebih 600 kanak-kanak diselamatkan dari rumah jagaan dikendalikan GISB.

KESEMUA 622 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah kebajikan dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) sudah diberi perlindungan, kata Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Kabinet ketika mesyuarat mingguannya pada Selasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini membabitkan kumpulan kanak-kanak tersebut.

Ujarnya, perkara itu dibentangkan kepada Kabinet oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Menteri-menteri dimaklumkan pihak berkuasa telah mendapat perintah mahkamah untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini," katanya pada sidang media pada Selasa.

Pada awal September lalu, polis melancarkan 'Ops Global' dengan menyerbu rumah kebajikan di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISB susulan dakwaan eksploitasi kanak-kanak dan salah laku penyelewengan amalan agama.

Communications Minister Fahmi Fadzil speaks during a press conference at the Media centre for Merdeka celebration in Putrajaya. (28/8/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Sehingga 30 September lalu, kira-kira 600 kanak-kanak diselamatkan daripada rumah jagaan dikendalikan GISB, dengan pihak berkuasa membuka 80 kertas siasatan terhadap syarikat itu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi bagaimanapun berkata, isu lain berkaitan GISB yang kontroversi tidak dibangkitkan pada mesyuarat terbabit termasuk sama ada ia mengamalkan ajaran sesat.

“Persoalan mengenai perkara ini perlu dirujuk kepada mufti negeri. Apa yang kita tahu, beberapa mufti telah pun mengeluarkan fatwa berkaitan GISB,” katanya.

Beberapa jawatankuasa fatwa negeri antaranya Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perlis mengisytiharkan GISB dan sekutunya sebagai menyeleweng daripada akidah Islam. — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram