MAIS laksana proses pemulihan bekas ahli GISBH


  • Primer
  • Isnin, 07 Okt 2024

Tindakan pembangunan pelan itu dimulakan pada 23 September lalu bagi penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak.

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) bekerjasama dengan agensi kerajaan dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) bagi melaksanakan proses pemulihan secara menyeluruh terhadap ahli GISB Holdings (GISBH).

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pemulihan adalah meliputi aspek akidah dan bimbingan agama terhadap ahli GISBH merangkumi pelbagai peringkat usia bagi jangka pendek dan panjang.

Menurutnya, tindakan pembangunan pelan itu dimulakan pada 23 September lalu bagi penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak.

BACA LAGI: Pemangku Sultan Johor perkenan cuti hujung minggu ditukar Sabtu dan Ahad bermula Januari 2025, titah beri ruang pekerja Muslim tunai solat Jumaat

BACA LAGI: Bukan sebab langgar lari, kakak arwah sahkan atlet Johor meninggal sebab kanser

tan-sri-1

Abdul Aziz berkata, pemulihan adalah meliputi aspek akidah dan bimbingan agama terhadap ahli GISBH merangkumi pelbagai peringkat usia bagi jangka pendek dan panjang. — Abdul Aziz Mohd. Yusof

“Sehingga kini, seramai 20 orang guru al-Riqab MAIS telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar seramai 261 orang kanak-kanak di Rumah Kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

"Modul yang digunakan dalam proses pemulihan kanak-kanak merupakan modul khas yang dibangunkan sendiri oleh MAIS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

"Selain itu, MAIS turut mempunyai 26 rumah pemulihan al-Riqab yang bersedia membantu pemulihan ahli GISBH dengan modul yang sama.

"Bagi perancangan jangka panjang pula, mereka yang sudah mengikuti proses pemulihan boleh menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sama ada untuk pembangunan sosial, kebajikan, pendidikan dan ekonomi bergantung kepada syarat tertentu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram