Selangor tubuh pasukan khas pulihkan anak-anak GISB


  • Primer
  • Selasa, 08 Okt 2024

Sebuah pasukan petugas khas bagi memulihkan kanak-kanak GISB Holdings ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

SEBUAH pasukan petugas khas bagi memulihkan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pasukan khas itu ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Oktober lalu.

Ia dipengerusikan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil serius mengenai kebajikan kanak-kanak dan kelompok rentan.

BACA LAGI: MAIS laksana proses pemulihan bekas ahli GISBH

BACA LAGI: Syamer Kutty petik Feroz Baharuddin termasuk 3 tonggak Sang Penyu, Selangor, Sabah layak ganti posisi Dion Cools

WhatsApp Image 2024-10-08 at 11.03.46

Mohammad Fahmi (kiri) berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil serius mengenai kebajikan kanak-kanak dan kelompok rentan.

“Sebuah task force (pasukan petugas) sudah dibentuk di peringkat kerajaan negeri Selangor untuk meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang dijumpai di rumah-rumah amal GISBH di Selangor baru-baru ini.

“Pasukan khas ini akan dianggotai pada peringkat awal ini oleh wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Pasukan ini turut dianggotai oleh pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan Yayasan Selgate,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, pasukan itu akan memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan bukan sahaja isu-isu akidah tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak berkenaan.

“Ini bagi memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama enam bulan ini,” jelasnya.

Jelas beliau, mesyuarat pertama pasukan khas itu akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam Op Global pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram