MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C jika bekalan kembali pulih.
Menurut ucapan perhimpunan bulanannya pada Rabu, beliau berkata, penjimatan itu akan digunakan untuk membangunkan sektor agro makanan lain.
BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga dakwa terpaksa naikkan harga tong gas lepas penyasaran subsidi diesel bermula
BACA LAGI: Wanita maut dipukul, ditikam suami di depan anak selepas sarapan di Ipoh
“Justeru, saya percaya sudah tiba masanya kementerian mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam untuk gred A, B dan C,” katanya pada Rabu.
Untuk rekod, pada 2023, kerajaan memperuntukkan RM927 juta untuk subsidi telur ayam.
Mohamad Sabu berkata, penjimatan itu akan digunakan untuk membangunkan sektor agro makanan lain.
Pada masa sama, Mohamad Sabu turut memaklumkan negara membelanjakan lebih RM3 bilion sejak Februari 2022 untuk subsidi ayam dan telur, sebelum perlaksanaan penamatan subsidi ayam pada 1 November 2023 dibuat dan menyaksikan bekalan serta harga ayam semakin stabil hingga kini.
"Apabila kita mengambil keputusan tidak popular iaitu menamatkan subsidi ayam, pada ketika itu ramai memperlekehkan usaha kita, kononnya harga ayam akan melambung.
"Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting lagi, negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan melalui penamatan subsidi ayam," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram