MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan memulakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok bermula Oktober di 18 lokasi bagi mengurangkan risiko pokok tumbang.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata, kerja-kerja berkenaan dijangka berlangsung selama empat bulan dan melibatkan pemangkasan dahan, menilai struktur pokok dan mengalihkan pokok berisiko tinggi.
Ia akan dijalankan di sekitar kawasan Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Seri Kembangan, Selangor.
BACA LAGI: Kes buli anak Tam Spider, KPM takkan berkompromi
Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut;
Subang Jaya:
Jalan SS 13/1, Jalan SS 14/1A, Jalan SS 15/2, Jalan SS 15/5A, Jalan SS 17/2A, Jalan SS 19/4A, Jalan Utama Wangsa Baiduri, Persiaran Jengka.
Jalan USJ 9/1, USJ 14 dan Jalan USJ 16.
Jalan USJ 6/3, Jalan USJ 6/2, Jalan TP 1/1 dan Persiaran Subang.
Jalan Putra Indah, Luar Pangsapuri Seri Mutiara, Jalan Putra Permai dan Jalan Putra Setia.
Jalan Putra Bistari 2/1, Putra Heights.
Puchong:
Jalan TPP 5, TPP 6, Jalan Sri Puchong, Jalan Denai dan Taman Tasik Sri Aman.
Jalan PPK 1, PPK 2, Persimpangan Kinrara Seksyen 3 dan Jalan Pipit 3.
Jalan Tiong 6, Taman Merak 1, Jalan Utama Merbuk, Jalan Kenari 17 dan Taman Kasawari 6.
Persiaran Saujana Puchong, Saujana Puchong 3/11, Saujana Puchong 9 dan Saujana Puchong 10.
Jalan Utama 1/9, Jalan Utama 2/7, Jalan Utama 2/18, Puchong Utama 6/1, Puchong Utama 12/1, Puchong Utama 12/2, Taman Puchong Utama 7 dan Lingkaran Putra Prima, Persiaran Puchong Utama.
Jalan Taman Tasik Prima, Lingkaran Putra Prima, Persiaran Puchong Permai, Jalan Permai 1, Jalan Permai 2 dan Jalan Permai 3.
Jalan Puteri 9, Jalan Puteri 12. Jalan Puteri 5/1 dan Taman Permainan Puteri 10/9.
Jalan Bandar, Persiaran Puteri 1 dan Jalan Wawasan 5/2.
Kinrara:
Jalan BK 1/1, BK 2/7, BK 5A/1, dan BK 5/6.
Seri Kembangan:
Jalan PBS 14/2, 14/6, 14/16, dan Jalan Damai 1/7.
Jalan Utama Seri Serdang, Jalan Serdang Selatan, Jalan 18/38, 18/42, Perusahaan Utama 1, Jalan 3/15 Serdang Jaya, dan Jalan SR 7/4, 7/9 Taman Serdang Raya.
Jalan SB Indah 1, 2, 3, dan 4, Taman Sungai Besi Indah.
MBSJ berkata pihaknya akan memantau kerja di tapak serta aliran trafik di kawasan berkenaan dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.
Untuk sebarang isu atau aduan awam, penduduk boleh menggunakan aplikasi Aduan MBSJ atau hubungi pusat panggilan. — The Star / MEGAT SYAHAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram