[VIDEO] Macam tiada akal waras, geng rempit buat onar angkut motor masuk tandas awam di Bintulu


  • Tular
  • Selasa, 08 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat bising di kawasan tandas awam di Bintulu, Sarawak.

AKSI sekumpulan penunggang motosikal membuat bising di kawasan tandas awam di Bintulu, Sarawak baru-baru ini mengundang keberangan dan kebimbangan orang ramai.

Ia selepas tularnya sebuah video di media sosial sejak Selasa yang memaparkan kesemua penunggang terdiri daripada kalangan remaja lelaki.

Dalam video tersebut, mereka dilihat membunyikan ekzos motosikal dengan kuat dan membawa motosikalnya ke dalam tandas awam tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemilik premis tak puas hati, netizen 'bekap' pemandu kereta cabut lari lepas langgar tiang khemah

BACA LAGI: Dituduh buat perlakuan lucah di tempat awam, 2 warga asing berdepan hukuman 3 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi

Tindakan itu sekali gus membuatkan rata-rata warga maya tidak berpuas hati kerana bimbang berlakunya aktiviti vandalisme atau merosakkan harta benda awam.

"Dah cantik-cantik tandas dibuat, disebabkan mereka, kemudahan tak akan bertahan lama. Entah apalah dalam otak mereka ini," tulis @update11111.

Melihat keadaan anak muda yang bertindak di luar kawalan itu, pengguna akaun Facebook Hafiz Aliff menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan wajar terhadap mereka sebagai pengajaran buat masyarakat lain.

"Minta beli motosikal untuk turun menuntut ilmu (tapi tidak dibuat sebegitu). Motosikal pakai untuk buat perkara salah. Sayangnya kudrat muda ini dibiarkan lalai.

"Kemudahan yang dah disediakan diperlakukan seperti tiada akal waras daripada anak-anak muda di dalam video ini.

"Moga ada yang ditangkap dan diberikan pengajaran baik agar dapat jadi satu iktibar buat mereka suatu hari nanti. Moga keadilan dapat ditegakkan dan mereka mendapat pengajaran setimpal," katanya.

Sementara itu, masih belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Lokasi sebenar serta keadaan terkini juga masih belum dapat dipastikan lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram